Kamis, 26 Juni 2008

Pendekatan Islam Yang Moden

Bimisslahhirahmanirrahim,assalamualaikum.apa yang cuba saya bincangkan pada post kali ini adalah tentang pendekatan Islam yang moden.Apakah itu pendekatan Islam yang moden?Mengapakah perlu wujudnya pendekatan ini?Akan saya kupas soalan-soalan sering bermain di fikiran.

Kenapa kita perlu ada pendekatan islam yang moden?
Seperti yang kita ketahui,Islam adalah agama yang menyeluruh dan sentiasa bergerak seiring dengan masa,Islam yang asal yang berpaksikan Quran dan Sunnah selama ini tidak punya apa masalah dan kecacatan sedikitpun cuma yang ada adalah pada masa kini,penafsiran dan pengamalan terhadap Islam itu sendiri oleh masyarakat sekarang yang mulanya sejak kelemahan dan runtuhnya tamadun Islam yang begitu gah suatu ketika dahulu.Dimana ketika itu Islam dilihat seakan tidak membangun seperti tujuan awal yang telah dilaksanakan Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam,para sahabat dan para sarjana-sarjana yang awal.

Islam sebenarnya tidaklah tertumpu hanya pada satu zaman seperti selepas hijrah dan khulafa' arrasyidin tetapi harus ditanya pada diri kita masing-masing bagaimana pada satu zaman iaitu zaman kita sekarang ini Islam seakan tidak dapat beridiri dengan sendiri dan di 'update'.Untuk menghadapi umat Islam itu sendiri yang serang ini sudah tidak mampu lagi memberi impak dari segi kesarjanaan,ketamadunan, apakan lagi keilmuan.Kita boleh lihat kepada barisan muda muslim yang ada sekarang di negara kita seakan tidak memberi gambaran yang molek walaupun tidak semua yang begitu.Sikap sesetengah orang Islam itu sendiri tidak mencerminkan sifat sebenar Islam itu diri mereka yang membawa misi kesarjanaan,kedamaian,keadilan,keinsfan dimana ia menjadikan manusia terasa bertapa rahmatnya,syukurnya dengan wujud nya Islam.

Contohnya ialah umat Islam yang tidak memberikan contoh yang baik tentang Islam itu sendiri,walaupun tidak semua.Seperti mana perhubungan yang keras antara muslim dan yang bukan muslim,dimana ada yang mengatakan di'haramkan' menjawab salam orang yang bukan muslim,tidak boleh makan di rumah yang bukan muslim,dan bila ditanya nas dan dalil mereka tidak pula dapat membalas,akan tetapi hakikat dan bukti nya adalah boleh saja kita menjawab salam orang yang bukan muslim asalkan ungkapan salam itu betul dan caranya kerana didalam Quran sendiri menyebut "Apabila kamu diberikan dengan satu ucapan,maka jawablah dengan yang lebih baik atau setaraf denganya",golongan ini seakan menganggap agama ini cukup sekadar hentam sambrono saja.Penampilan akhlak dan pendirian ini yang sebenarnya tidak pernah pun disuruh didalam Islam seakan menular dalam kehidupan kita seperti contoh yang dibincangkan di atas.

Islam perlulah digambarkan satu agama rahmat dan bukan agama yang sentiasa menghalang sesetengah aktiviti kehidupan,dan umat Islam perlu berketerampilan dengan lebih mantap dan moden agar orang bukan Islam berasa selesa dan lega bukannya sentiasa musykil apabila berkata tentang Islam dan lari jika mendengar perkataan Islam diungkapkan.Islam bukanlah agama yang boleh direka dan diberikan apa saja contoh,ia sebenarnya berlandaskan fakta dan asas yang kukuh agar ianya dapat diterima pakai oleh otak lalu turun ke hati.
Seperti yang kita ketahui dan lihat kian hari,masalah sosial kelihatan semakin parah.Anak-anak muda melayu Islam tidak lagi seperti seorang anak Muslim,mereka lebih selesa dengan cara hidup barat berbanding cara hidup Islam.Segala yang dilakukan di sekolah tentang kem-kem ibadah dan sebagainya seperti tidak menusuk hati anak-anak muda.Kenapa,mengapa dan bagaimana ini semua boleh berlaku?Cuba saja kita tanyakan nama mufti di tempat mereka,dan nama-nama isteri Rasulullah salallahualaihi wassalam,dan apakah jawapan yang bakal mereka berikan?Majoriti akan menjawab "ah haa tak tahu".Berbanding dengan nama-nama artis dan idola mereka yang datangnya dari barat,dan berapa ramai yang beridolakan nabi junjungan Muhammad salallahualaihi wassalam.

Islam bagi anak-anak muda kini adalah agama yang kolot dan tidak bebas,ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah hanya tahu untuk membebel.Jelas bahawa tajdid atau reformation perlu dilakukan dalam berdakwah kerama sistem yang dipakai sekarang ini jelas tidak begitu berkesan secara total.Kita menyeru anak-anak muda memenuhi masjid sedangkan kini gambaran penggunaan masjid yang tergambar dalam pemikiran mereka hanyalah tempat beribadat,agama dan agama.Mereka berasa bosan bila tergambarkan masjid,walhal ketika zaman Rasulullah salallahualaihi wassallam,masjid menjadi fungsi utama,aktiviti yang dilakukan di masjid tidak terkata,masjid menjadi satu tempat yang interesting seperti di klcc,midvalley dan lain-lain.

Masjid tidak harus hanya diisi oleh pelajaran agama akan tetapi segala bentuk pelajaran fardhu kifayah seperti metematik,sains dan lain-lain.Kenapa tidak kelas tusyen diadakan di masjid?tidak pula saya tahu ada dalil yang menghalangnya.penggunaan masjid kini telah dirigid atau disempitkan hanya untuk penggunaan yang berkaitan dengan agama sedangkan mereka semua alpa akan perkara-perkara lain kerana Islam itu sendiri meliputi segala macam benda,Islam tidak bosan,Islam bukan tertumpu hanya pada ibadat.

Cukuplah sekadar disini,akan kita kupas permasalahan yang lain insyaAllah di post yang akan datang.Saya hanya memberi pandangan dan mungkin orang lain turut mempunyai pandagan tersendiri,namun hakikatnya itulah yang berlaku kini.Dan masalah yang dilihat enteng ini semakin hari semakin menular sehingga ke seluruh pelusuk negara.sekian,berjumpa lagi dalam post bertajuk Islam bukan untuk Melayu.

Tidak ada komentar: