Kamis, 26 Juni 2008

Bagaimana Dakwah Nabi Bermula

Untuk menyelamatkan diri kita daripada terjerumus kelembah kerugian dunia dan akhirat kita perlu percaya kepada bukti-bukti yang telah dimukakan Allah dalam al-Kitab dan di alam maya, kita perlu melakukan kerja-kerja yang soleh, kita perlu nasihat menasihati sesama kita agar sentiasa berpijak di atas kebenaran dan saling menasihati untuk bersabar memikul amanah Allah ini.

Amal Soleh yang paling utama masa kini ialah berusaha dan berjuang membina semula asas ketuanan Islam yang telah dihancurkan oleh Kamal Atartuk. Asas itu adalah manusia yang menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah, dengar dan taat tanpa merasa ragu terhadap janji-janji Allah kepada mereka.

Begitulah mulanya nabi s.aw. kita mengatur langkah ketika Islam begitu dagang dan asing ( Islam bemula dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing maka beruntunglah orang-orang yang dagang bersamanya)

Ketika itu Islam belum menjadi neraca fikir, sistem hidup tertegak di atas asas asobiyyah, meterialistik dan penguasaan ketua-ketua biara penyembah berhala. Manusia terpaksa berfikir mengikut neraca jahiliyyah yang di warisi sejak turun temurun. Mengubah sikap kepada sesuatu yang baru amat payah.

Islam belum memiliki kuasa politik kerana majoriti pembesar Quraisy tidak beriman. Ketika itu Allah sudah menegaskan matlamat akhir perjuangan nabi ; membawa manusia mentauhidkan Allah, menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia di dalam diri manusia dan membawa rahmat keseluruh dunia..( Rahmatan lil `alamin)

Dakwah nabi bermula dengan menceritakan tugasnya kepada orang-orang yang baginda yakin akan mempercayainya. Berbekalkan keluhuran akhlak didikan Rabbani nabi membawa misinya. Berimanlah Khadijah r.a., Abu Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Thalib, Zaid bin Harithah dan beberapa tokoh besar hasil dakwah Abu Bakar al-Siddiq.

Allah memerintahkan nabi dan para sahabat mengukuhkah hubungan dengan Allah melalui banyak membaca ayat-ayat al-Quran, membersihkan pemikiran daripada kepercayaan khurafat, membersihkan hati daripada hawa nafsu dan dosa, mempelajari hukum-hukum akhlak, cara-cara dakwah nabi-nabi terdahulu dan mengambil hikmah pengajaran daripada sejarah perjuangan mereka.

Rasulullah s.a.w. membina hubungan antara para sahabat atas dasar ukhuwwah dan persaudaraan Islam dan melepaskan mereka daripada ikatan jahiliyyah dan asobiyyah yang menghancurkan. Mereka melupakan apa sahaja latarbelakang mereka ; hamba, bangsawan, miskin, kaya, arab, ajam, tua atau muda semuanya sama disisi Allah melainkan takwa.

Fokus utama nabi di zaman serba lemah ini ialah mengumpul dan membina rijal yang memiliki keutuhan iman dan sanggup mengorbankan apa sahaja yang mereka miliki demi agama Allah ini. Mereka telah mengorbankan masa, harta dan jiwa raga mereka untuk Allah.

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

(… Sampaikanlah apa yang kamu diperintahkan (menyampaikannya) dan berpalinglah daripada golongan musyrikin..) Al-Hijr [15:94]

Begitulah dakwah pada hari ini.. dagang.

Kuasa-kuasa politik ditangan generasi yang dididik oleh sistem sekular, sistem itu sendiri adalah sekular dan tidak akan mampu melahirkan generasi rabbani. Sekiranya kita tidak berusaha membina rijal berasaskan sibghatullah sistem yang ada akan terus menjana generasi sekular yang jauh daripada al-Quran.

Apakah kita perlu mengejar kerusi dan tempat di dalam sistem sekular itu jugak walaupun perlu menghabiskan wang berjuta-juta, masa dan tenaga kerana sebuah kerusi yang tidak memberi impak maksima kepada dakwah.

Malangnya tenaga duah yang ikhlas melakukan tarbiyyah, itulah tenaga yang akan di alurkan mengisi tugas-tugas politik yang rapuh kuasanya. Mereka akan kehulu kehilir, siang malam, mengatur strategi untuk dapat kuasa dan ruang bersuara.

Apakah orang-orang yang terdidik dengan fikiran sekular itu akan mendengar bisikan pendakwah dan misinya, kalaupun mereka dengar apakah mereka sanggup memikul pengorbanan untuk Islam? Sedangkan ruang-ruang dakwah, tarbiah, membina rijal masih terlalu luas untuk diusahakan. Malangnya sedikir benar yang sanggup mengusahakannya.

Kenapa begitu.. apakah dakwah, tajmik, tarbiah dan taygyir manusia menjadi Rabbaniyyin itu sudah tidak ralevan lagi? Ataupun itu hanya lahir dari jiwa yang musta’jilun… ingin berkuasa sebelum cukup terbina generasi akarumbi yang banyak. Lalu isu-isu Uluhiyyah, Mulkiyyah sudah bertukar kepada isu kebajikan rakyat yang dizalimi lagi tertindas.

Saya tahu ini adalah strategi untuk dapat kuasa bagi melembutkan hati orang-orang bkan Islam yang masih gerun dengan perkataan kerajaan Islam, hudud dan Qisas. Namun para duah tidak harus lupa asas perjuangan ialah membina rijal .

Kesimpulannya:

Kerja dakwah yang paling utama ketika ini iaalh fokus kepda, dakwah, tajmik dan takwin rijal-rijal yang benar-benar sanggup berkorban apa sahaja untuk agama Allah.

Dakwah membina kesedaran untuk berubah dan menerima bebanan tanggungjawab terhadap Allah. Lalu generasi yang sedar itu dikumpulkan dengan ikatan ukhuwwah dan dibina kemampuan mereka untuk mejadi rijal yang beramal

Tidak ada komentar: