Kamis, 26 Juni 2008

Pesan Untuk Pemuda Muslim

Wahai pemuda muslim, kamu diciptakan di muka bumi ini untuk mewujudkan ketaatan dan pengabdian kepada Allah serta untuk menyerahkan diri sepenuhnya terhadap seluruh keputusan-Nya. Sebagaimana dalam firman-Nya:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Adz-Dzariyat 56) Sesungguhnya misi besar yang Allah berikan kepada kamu adalah menjalankan hukum-hukum-Nya di seluruh penjuru dunia dan untuk mengalihkan manusia dari penghambatan terhadap sesamanya serta untuk membebaskan manusia dari alam yang sempit menuju alam bebas merdeka.

Untuk mewujudkan misi tersebut, pemuda muslim harus mempunyai 4 kriteria:

1. Iman yang kuat, yang akan bertambah dengan ketaatan kepada Allah SWT dan rasul-Nya dan menghindari dengan kemaksiyatan kepada-Nya (Al-Hadits)

2. Tekad yang kuat tanpa rasa takut (Al-Ahzab 39)

3. Usaha yang berkesinambungan, tanpa mengenal malas dan jemu

4. Rela berkorban, tidak mengharap apa-apa kecuali 2 alternatif "menang atau mati syahid".

Ketahuilah wahai pemuda muslim, sesungguhnya kader-kader mu'min yang digembleng Rasulullah SAW di Darul Arqam dahulu terdiri dari para pemuda yang teguh. Waktu itu usia Abu Bakar tiga tahun lebih muda dari usia Rasulullah SAW (40 th). Bahkan Umar bin Khatab masih berusia 27 tahun dan Ali Ra. adalah orang yang termuda dari keempat khalifah tersebut. Selain itu juga banyak pemuda lain seperti Abdullah bin Mas'ud, Mush'ab bin Umar, Bilal bin Rabah, dan ratusan pemuda yang lainnya.Ughab bin Nafi yang berdiri di pantai Samudera Atlantik di hujung barat berdo'a kepada Allah SWT, "Demi Rabb Muhammad, sekiranya bukan kerana bentangan samudera ini yang menjadi penghalang, nescaya aku akan serahkan seluruh jiwa raga ini demi meninggikan kalimat-Mu, wahai Rabbku, saksikanlah".

Dari tangan-tangan mujahid-mujahid muda inilah mereka berhasil menaklukkan IMPERIUM SUPER POWER. Mereka juga berhasil melakukan ekspansi ke berbagai negara. Wahai pemuda muslim, tentu kalian sudah pernah mendengar 5 butir semboyan yang sering dilontarkan oleh banyak lidah, yakni:

1. Allah tujuan kami
2. Rasul ikutan kami
3. Al-Qur'an undang-undang dasar kami
4. Jihad jalan kami
5. Syahid di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Sesungguhnya semboyan-semboyan di atas hanya akan menjadi "GINCU" bibir belaka bila kamu tidak memiliki reaksi apa-apa terhadap semboyan itu. Juga tidak akan dapat mengkristalkannya jika kamu belum berkaca kepada "murid-murid" binaan Rasulullah SAW yang terdiri dari Khulafaurrasyidin, para sahabat, dan orang-orang yang mengikuti jejak-jejak langkah mereka. Sesungguhnya 5 semboyan di ataslah yang dapat menunjukkan indikasi, apakah seseorang itu benar-benar muslim sejati ataupun ia hanyalah seorang muslim yang fasiq, munafiq, zalim, ataupun kafir. Wahai saudara-saudaraku sesama muslim, renungkanlah serta hayatilah makna dari hadits berikut ini:

"Diriwayatkan oleh Abu Khaitsamah Ra. yang ditinggal anaknya pada perang Badar, maka iapun datang menghadap kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Sungguh aku sangat merasa kecewa dalam perang Badar, padahal aku sangat berambisi (untuk mati syahid), sampai-sampai aku mengikutsertakan putraku Khaitsamah dalam pertempuran tersebut. Ternyata ia kena anak panah, dan itulah yang membuatnya syahid.

Semalam aku melihatnya dalam mimpi-mimpiku. Ia tampak datang dengan wajah berseri-seri, seraya berjalan di antara rimbunnya pepohonan surga yang dikelilingi sungai-sungai. Ia berkata kepadaku, "Wahai ayahku, sudilah kiranya ayah menemani kami di dalam surga ini. Sungguh aku benar-benar mendapatkan kebenaran janji Rabbku". Ya Rasulullah, hal itulah yang membuatku merasa rindu untuk menemaninya. Apalagi usiaku sudah semakin lanjut dan tulang-tulangku sudah terasa rapuh, rasanya aku sudah ingin sekali berjumpa dengan Rabbku. Maka sudilah kiranya baginda mendo'akan aku, semoga Allah mengurniakan kepadaku syahadah, sehingga dapatlah aku menemani Khaitsamah di dalam surga". Rasulullah pun mendo'akannya, akhirnya ia menemui syahidnya dalam perang Uhud."

Wahai saudara-saudaraku para pemuda Islam, begitukah gila dan semangat para pemuda bimbingan Rasulullah SAW. Mereka saling berlumba-lumba untuk saling mendapatkan keredhaan tuhannya, Allah SWT walaupun hingga nyawa sebagai taruhannya. Bahkan mereka sendiri yang meminta agar dapat mati dalam membela agama Allah (Islam). Lalu bagaimana dengan kita semua? Apakah Islam yang kita sandang hanyalah di bibir kita saja? Tidakkah kita akan merasa malu kelak apabila kita akan berjumpa dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, saudara-saudara mu'min dan muslim yang lain di Yaumul Akhir nanti?

Kita mengaku bahwa kita muslim, namun kita tidak pernah melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kita tidak pernah meneladani apa-apa yang beliau ajarkan dan mengikuti apa-apa yang mereka lakukan. Bahkan kita menghadap diri dengan membawa sekian banyak dosa kita yang belum pernah bertaubat kepada-Nya.

Wahai diri, insaflah kamu semua, laksanakan semua ibadah yang kamu bisa, karena ibadah bukan hanya solat, zakat, puasa, dan yang sejenisnya saja. Serta jauhilah dan cegahlah semua kebathilan dengan segala kemampuan kamu, kerana kamu mampu melaksanakannya. Masuklah kamu kepada "kelompok-kelompok" yang di dalamnya terdapat orang-orang yang mu'min, orang-orang yang berusaha untuk dapat menerapkan semua aturan-Nya. Kerana dengan begitu, kamu akan terjaga dari kemaksiyatan dan dapat mawas diri daripada-Nya.

Ingatlah! Islam bukanlah agama yang tidak mempunyai musuh, sesungguhnya musuh-musuh Islam sangatlah banyak sekali dan pada saat ini mereka sedang berkuasa di atas bumi ini dan tengah melaksanakan tugas-tugas (rencana jahatnya) terhadap kita semua.

Jadi, dengarlah seruan ini, masuklah kamu dalam agama Islam secara keseluruhan agar Allah selalu meredhai kamu dan mencintai kamu. Masuklah kamu di dalam kelompok-kelompok orang yang berusaha untuk menegakkan agama-Nya di atas bumi ini. Dan semoga Allah SWT melimpahkan segala rahmat, berkah, dan hidayah-Nya kepada kita. Amin……..


Mengisi Kemenangan

بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُم هُوَ الَّذِي

يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ

وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ

وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُلَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakankepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkanmereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkanmereka Kitab Allah (Al-Quran)dan Hikmah(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”.

Surah Al-Jumu’ah [62:2]

Ayat di atas menjelaskan tiga peranan nabi s.a.w.:

1. Membacakan ayat-ayat al-Quran kepada umat manusia.

2. Mentazkiyyahkan minda dan jiwa orang-orang yang memeluk Islam daripada pemikiran khurafat dan akhlak terkeji.

3. Mengajar hukum-hakam dalam al-Quran dan menjelaskan maksud-maksudnya secara lisan dan amal.

Tiga perkara ini diterjemahkan dalam bentuk amali melalui perjumpaan-perjumpaan membaca dan mengkaji al-Quran, perjumpaan beribadah ditengah malam, rehlah ibadah di lereng-lereng bukit Mekah sehinggalah bersolat berjamaah di hadapan Ka’bah.

Aktiviti ini telah megubah sahabat-sahabat Nabi dari golongan Arab daripada jahiliyyah kepada Islam, mengubah matlamat hidup, neraca fikir, adat resam, budaya hidup, aktiviti kehidupan dan keutamaannya sehingga mereka menjadi individu yang unggul yang pernah di lahirkan melalui proses perubahan manusia dan ketamadunannya.

Mengkhatamkan al-Quran dalam masa seminggu adalah budaya para sahabat r.a., berqiamullail mejadi amalan sehingga di medan peperangan. Semasa peperintahan Umar Ibnu Aziz, masyarakat sibuk bertanya sesama sendiri ..”Sudahkah saudara mengkahatam al-Quran..?” Di zaman pemerintahan Salahuddin al-Ayubi, dunia Islam kembali disatukan dibawah pemerintahan Khalifah dan masyarakatnya teruttama barisan tentera dibudayakan dengan tilawah al-Quran, berpuasa sunnat dan berqiamullalil.

Untuk mengisi kemenangan ini, kerajaan-kerajaan yang diperintah oleh Umat Islam perlu kembali mendidik masyarakat agar mencintai al-Quran dan membacanya pagi dan petang sehingga membaca al-Quran kembali menjadi budaya.

Pemikiran ummah perlulah di isi dengan ilmu-ilmu Islam secara tersusun terutamanya melalui mempelajari tafsir al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. Jiwa mereka perlu dibersihkan daripada kelemahan dan kekotoran melalui program-program Ibadah seperti qiamullail, tilawah al-Quran, zikrullah, puasa sunnat dan bersedakah.

Seterusnya umat Islam perlu didedahkan dengan hukum-hakam dan peraturan hidup sebagai seorang individu, hukum-hakam kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan termasuk dakwah dan jihad.

Semua aktiviti ini dilaksanakan melalui sistem pendidikan, program-program dakwah dan tarbiah melalui institusi-institusi kerajaan; sekolah, masjid dan surau dengan menyediakan dana secukupnya termasuk melalui pertubuhan-pertubuhan Islam.

Apabila ummah diberikan hak-hak ini secara menyeluruh diharapkan akan berlaku anjakan perubahan kepada identiti ummah pada masa depan.

” UMAT HARI INI TIDAK MUNGKIN DAPAT DIPERBAIKI, MELAINKAN DENGAN CARA UMAT TERDAHULU DIPERBAIKI” Imam al-Banna

Bagaimana Dakwah Nabi Bermula

Untuk menyelamatkan diri kita daripada terjerumus kelembah kerugian dunia dan akhirat kita perlu percaya kepada bukti-bukti yang telah dimukakan Allah dalam al-Kitab dan di alam maya, kita perlu melakukan kerja-kerja yang soleh, kita perlu nasihat menasihati sesama kita agar sentiasa berpijak di atas kebenaran dan saling menasihati untuk bersabar memikul amanah Allah ini.

Amal Soleh yang paling utama masa kini ialah berusaha dan berjuang membina semula asas ketuanan Islam yang telah dihancurkan oleh Kamal Atartuk. Asas itu adalah manusia yang menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah, dengar dan taat tanpa merasa ragu terhadap janji-janji Allah kepada mereka.

Begitulah mulanya nabi s.aw. kita mengatur langkah ketika Islam begitu dagang dan asing ( Islam bemula dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing maka beruntunglah orang-orang yang dagang bersamanya)

Ketika itu Islam belum menjadi neraca fikir, sistem hidup tertegak di atas asas asobiyyah, meterialistik dan penguasaan ketua-ketua biara penyembah berhala. Manusia terpaksa berfikir mengikut neraca jahiliyyah yang di warisi sejak turun temurun. Mengubah sikap kepada sesuatu yang baru amat payah.

Islam belum memiliki kuasa politik kerana majoriti pembesar Quraisy tidak beriman. Ketika itu Allah sudah menegaskan matlamat akhir perjuangan nabi ; membawa manusia mentauhidkan Allah, menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia di dalam diri manusia dan membawa rahmat keseluruh dunia..( Rahmatan lil `alamin)

Dakwah nabi bermula dengan menceritakan tugasnya kepada orang-orang yang baginda yakin akan mempercayainya. Berbekalkan keluhuran akhlak didikan Rabbani nabi membawa misinya. Berimanlah Khadijah r.a., Abu Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Thalib, Zaid bin Harithah dan beberapa tokoh besar hasil dakwah Abu Bakar al-Siddiq.

Allah memerintahkan nabi dan para sahabat mengukuhkah hubungan dengan Allah melalui banyak membaca ayat-ayat al-Quran, membersihkan pemikiran daripada kepercayaan khurafat, membersihkan hati daripada hawa nafsu dan dosa, mempelajari hukum-hukum akhlak, cara-cara dakwah nabi-nabi terdahulu dan mengambil hikmah pengajaran daripada sejarah perjuangan mereka.

Rasulullah s.a.w. membina hubungan antara para sahabat atas dasar ukhuwwah dan persaudaraan Islam dan melepaskan mereka daripada ikatan jahiliyyah dan asobiyyah yang menghancurkan. Mereka melupakan apa sahaja latarbelakang mereka ; hamba, bangsawan, miskin, kaya, arab, ajam, tua atau muda semuanya sama disisi Allah melainkan takwa.

Fokus utama nabi di zaman serba lemah ini ialah mengumpul dan membina rijal yang memiliki keutuhan iman dan sanggup mengorbankan apa sahaja yang mereka miliki demi agama Allah ini. Mereka telah mengorbankan masa, harta dan jiwa raga mereka untuk Allah.

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

(… Sampaikanlah apa yang kamu diperintahkan (menyampaikannya) dan berpalinglah daripada golongan musyrikin..) Al-Hijr [15:94]

Begitulah dakwah pada hari ini.. dagang.

Kuasa-kuasa politik ditangan generasi yang dididik oleh sistem sekular, sistem itu sendiri adalah sekular dan tidak akan mampu melahirkan generasi rabbani. Sekiranya kita tidak berusaha membina rijal berasaskan sibghatullah sistem yang ada akan terus menjana generasi sekular yang jauh daripada al-Quran.

Apakah kita perlu mengejar kerusi dan tempat di dalam sistem sekular itu jugak walaupun perlu menghabiskan wang berjuta-juta, masa dan tenaga kerana sebuah kerusi yang tidak memberi impak maksima kepada dakwah.

Malangnya tenaga duah yang ikhlas melakukan tarbiyyah, itulah tenaga yang akan di alurkan mengisi tugas-tugas politik yang rapuh kuasanya. Mereka akan kehulu kehilir, siang malam, mengatur strategi untuk dapat kuasa dan ruang bersuara.

Apakah orang-orang yang terdidik dengan fikiran sekular itu akan mendengar bisikan pendakwah dan misinya, kalaupun mereka dengar apakah mereka sanggup memikul pengorbanan untuk Islam? Sedangkan ruang-ruang dakwah, tarbiah, membina rijal masih terlalu luas untuk diusahakan. Malangnya sedikir benar yang sanggup mengusahakannya.

Kenapa begitu.. apakah dakwah, tajmik, tarbiah dan taygyir manusia menjadi Rabbaniyyin itu sudah tidak ralevan lagi? Ataupun itu hanya lahir dari jiwa yang musta’jilun… ingin berkuasa sebelum cukup terbina generasi akarumbi yang banyak. Lalu isu-isu Uluhiyyah, Mulkiyyah sudah bertukar kepada isu kebajikan rakyat yang dizalimi lagi tertindas.

Saya tahu ini adalah strategi untuk dapat kuasa bagi melembutkan hati orang-orang bkan Islam yang masih gerun dengan perkataan kerajaan Islam, hudud dan Qisas. Namun para duah tidak harus lupa asas perjuangan ialah membina rijal .

Kesimpulannya:

Kerja dakwah yang paling utama ketika ini iaalh fokus kepda, dakwah, tajmik dan takwin rijal-rijal yang benar-benar sanggup berkorban apa sahaja untuk agama Allah.

Dakwah membina kesedaran untuk berubah dan menerima bebanan tanggungjawab terhadap Allah. Lalu generasi yang sedar itu dikumpulkan dengan ikatan ukhuwwah dan dibina kemampuan mereka untuk mejadi rijal yang beramal

Arti Sebuah Kehidupan

Apabila berbicara mengenai kehidupan saya akan bertanya kepada pendengar, ” Berapa kalilah kita hidup” dan jawapan yang saya selalu dengar,

” Kita hidup hanya sekali” .

Inilah yang selalu disebut: “Enjoylah beb… hidup hanya sekali”.

Memahami hidup hanya sekali merupakan asas kesesatan umat hari ini. Kehidupan selepas mati sudah tidak ada di dalam ruang minda manusia ini. Inilah minda jahiliyyah yang bertanya kepada nabi s.a.w.:

” Apakah apabila manusia mati dan sudah menjadi tulang belulang masih boleh dibangkitkan?” Mereka menganggap kehidupan hanyalah kehidupan di dunia.

Kepercayaan sesat ini pula bertunjangkan kepada ketidakyakinan kepada Allah sebagai al-Rab, al-Malik dan al- Ilah. Tidak yakin kepada Allah kerana tidak percaya kepada al-Quran . Tidak beriman dengan kitab al-Quran kerana tidak percaya kepada nabi Muhammad s.a.w. Tidak percaya kepada nabi s.a.w. ialah keranana kejahilah disebabkan kurang ilmu atau memiliki ilmu yang salah dan wujud salah faham terhadap nabi Muhmmad s.a.w.

Kehidupan yang sebenar ialah kehidupan Akhirat. Inilah yang disampaikan kepada kita oleh nabi Muhammad s.a.w. yang terdapat di dalam al-Quran yang merupakan bicara Allah, Pencipta Alam ini, Pemilik Mutlaknya, Pengatur semua undang-undang dan sistem dan Ilah yang wajib disembah, ditaati dan dikasihi.

Dunia adalah sebuah perhentian dalam perjalanan menuju akhirat

Dunia adalah tempat manusia diuji dan akhirat tempat perhitungan dan pembalasan

Dunia negeri beramal dan akhirat negeri menerima balasan

Dunia tempat berjihad dan bersusah payah manakala akhirat tempat istirehat bagi manusia yang beriman dan lulus ujian Allah.

Manusia diturunkan kedunia memikul amanah, memikul tanggungjawab, membawa misi Allah dan akan dimatikan seterusnya dikembalikan kepda Allah untuk diberi pembalasan.

Dunia adalah tempat perjuangan, melawan nafsu, melawan iblis, melawan tarikan dunia, melawan fitnah kuffar dan bersabar terhadap hasad dengki orang-orang fasik.

Ujian bermula sejak di alam nutfah, berjuta-juta benih sudah mati sebelum berjaya menembusi sebutir telur untuk memulakan sebuah kehidupan. Kehidupan di alam rahim memberi bebanan, keperitan, kesengsaraan hidup seorang ibu yang bakal melahirkan seorang khalifah adalah satu kepayahan, kepayahan hidup diusia bayi, karenah zaman kanak-kanak, zaman remaja dan ujian tanggungjawan diusia remaja, meniti umur di usia tua dan kembali kepada Allah membawa dosa membawa reda.

Ibu bapa yang berjaya menyediakan bayi-bayi ini untuk memikul bebenanan khalifah telah dijamin oleh Rsulullah s.a.w. sebagai ahli syurga.

Itulah erti kehidupan ini ; ia hanya medan ujian Allah untuk memilih ahli syurga atau neraka.

Kehidupan ini penuh misteri, kejahilan, kegelapan, kezaliman hingga pada diri sendiri tetapi Allah yang mencipta kehidupan ini telah mengajar ilmu, menerangi hidup dengan cahaya hidayah. mehapuskan kezaliman dengan mengajar hakikat Tauhid kepda Allah dan menceritakan hakikat kehidupan sebenar..

Namun hingga kini masih ramai manusia masih kabur, gelap, tidak mengerti, tidak memahami, tidak tersedar, terlena, terleka, diheret taufan nafsu, ditipu fatamorgana dunia dan merasa cukup beramal untuk diri sendiri…

SEDANGKAN LALUAN KESYURGA HANYA DENGAN MENERIMA WARISAN NABI, MENJADI GURU, MURABBI DAN MUJAHID DI JALAN ALLAH.

Pendekatan Islam Yang Moden

Bimisslahhirahmanirrahim,assalamualaikum.apa yang cuba saya bincangkan pada post kali ini adalah tentang pendekatan Islam yang moden.Apakah itu pendekatan Islam yang moden?Mengapakah perlu wujudnya pendekatan ini?Akan saya kupas soalan-soalan sering bermain di fikiran.

Kenapa kita perlu ada pendekatan islam yang moden?
Seperti yang kita ketahui,Islam adalah agama yang menyeluruh dan sentiasa bergerak seiring dengan masa,Islam yang asal yang berpaksikan Quran dan Sunnah selama ini tidak punya apa masalah dan kecacatan sedikitpun cuma yang ada adalah pada masa kini,penafsiran dan pengamalan terhadap Islam itu sendiri oleh masyarakat sekarang yang mulanya sejak kelemahan dan runtuhnya tamadun Islam yang begitu gah suatu ketika dahulu.Dimana ketika itu Islam dilihat seakan tidak membangun seperti tujuan awal yang telah dilaksanakan Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam,para sahabat dan para sarjana-sarjana yang awal.

Islam sebenarnya tidaklah tertumpu hanya pada satu zaman seperti selepas hijrah dan khulafa' arrasyidin tetapi harus ditanya pada diri kita masing-masing bagaimana pada satu zaman iaitu zaman kita sekarang ini Islam seakan tidak dapat beridiri dengan sendiri dan di 'update'.Untuk menghadapi umat Islam itu sendiri yang serang ini sudah tidak mampu lagi memberi impak dari segi kesarjanaan,ketamadunan, apakan lagi keilmuan.Kita boleh lihat kepada barisan muda muslim yang ada sekarang di negara kita seakan tidak memberi gambaran yang molek walaupun tidak semua yang begitu.Sikap sesetengah orang Islam itu sendiri tidak mencerminkan sifat sebenar Islam itu diri mereka yang membawa misi kesarjanaan,kedamaian,keadilan,keinsfan dimana ia menjadikan manusia terasa bertapa rahmatnya,syukurnya dengan wujud nya Islam.

Contohnya ialah umat Islam yang tidak memberikan contoh yang baik tentang Islam itu sendiri,walaupun tidak semua.Seperti mana perhubungan yang keras antara muslim dan yang bukan muslim,dimana ada yang mengatakan di'haramkan' menjawab salam orang yang bukan muslim,tidak boleh makan di rumah yang bukan muslim,dan bila ditanya nas dan dalil mereka tidak pula dapat membalas,akan tetapi hakikat dan bukti nya adalah boleh saja kita menjawab salam orang yang bukan muslim asalkan ungkapan salam itu betul dan caranya kerana didalam Quran sendiri menyebut "Apabila kamu diberikan dengan satu ucapan,maka jawablah dengan yang lebih baik atau setaraf denganya",golongan ini seakan menganggap agama ini cukup sekadar hentam sambrono saja.Penampilan akhlak dan pendirian ini yang sebenarnya tidak pernah pun disuruh didalam Islam seakan menular dalam kehidupan kita seperti contoh yang dibincangkan di atas.

Islam perlulah digambarkan satu agama rahmat dan bukan agama yang sentiasa menghalang sesetengah aktiviti kehidupan,dan umat Islam perlu berketerampilan dengan lebih mantap dan moden agar orang bukan Islam berasa selesa dan lega bukannya sentiasa musykil apabila berkata tentang Islam dan lari jika mendengar perkataan Islam diungkapkan.Islam bukanlah agama yang boleh direka dan diberikan apa saja contoh,ia sebenarnya berlandaskan fakta dan asas yang kukuh agar ianya dapat diterima pakai oleh otak lalu turun ke hati.
Seperti yang kita ketahui dan lihat kian hari,masalah sosial kelihatan semakin parah.Anak-anak muda melayu Islam tidak lagi seperti seorang anak Muslim,mereka lebih selesa dengan cara hidup barat berbanding cara hidup Islam.Segala yang dilakukan di sekolah tentang kem-kem ibadah dan sebagainya seperti tidak menusuk hati anak-anak muda.Kenapa,mengapa dan bagaimana ini semua boleh berlaku?Cuba saja kita tanyakan nama mufti di tempat mereka,dan nama-nama isteri Rasulullah salallahualaihi wassalam,dan apakah jawapan yang bakal mereka berikan?Majoriti akan menjawab "ah haa tak tahu".Berbanding dengan nama-nama artis dan idola mereka yang datangnya dari barat,dan berapa ramai yang beridolakan nabi junjungan Muhammad salallahualaihi wassalam.

Islam bagi anak-anak muda kini adalah agama yang kolot dan tidak bebas,ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah hanya tahu untuk membebel.Jelas bahawa tajdid atau reformation perlu dilakukan dalam berdakwah kerama sistem yang dipakai sekarang ini jelas tidak begitu berkesan secara total.Kita menyeru anak-anak muda memenuhi masjid sedangkan kini gambaran penggunaan masjid yang tergambar dalam pemikiran mereka hanyalah tempat beribadat,agama dan agama.Mereka berasa bosan bila tergambarkan masjid,walhal ketika zaman Rasulullah salallahualaihi wassallam,masjid menjadi fungsi utama,aktiviti yang dilakukan di masjid tidak terkata,masjid menjadi satu tempat yang interesting seperti di klcc,midvalley dan lain-lain.

Masjid tidak harus hanya diisi oleh pelajaran agama akan tetapi segala bentuk pelajaran fardhu kifayah seperti metematik,sains dan lain-lain.Kenapa tidak kelas tusyen diadakan di masjid?tidak pula saya tahu ada dalil yang menghalangnya.penggunaan masjid kini telah dirigid atau disempitkan hanya untuk penggunaan yang berkaitan dengan agama sedangkan mereka semua alpa akan perkara-perkara lain kerana Islam itu sendiri meliputi segala macam benda,Islam tidak bosan,Islam bukan tertumpu hanya pada ibadat.

Cukuplah sekadar disini,akan kita kupas permasalahan yang lain insyaAllah di post yang akan datang.Saya hanya memberi pandangan dan mungkin orang lain turut mempunyai pandagan tersendiri,namun hakikatnya itulah yang berlaku kini.Dan masalah yang dilihat enteng ini semakin hari semakin menular sehingga ke seluruh pelusuk negara.sekian,berjumpa lagi dalam post bertajuk Islam bukan untuk Melayu.

Kamis, 19 Juni 2008

Ummu Mahjan,Pelajaran Yang Tak Terlupakan

ditulis oleh Ummu Raihanah
Sunday, 27 July 2003

Wahai Ibuku,....wahai saudariku,..janganlah anda meremehkan amal kebaikan sekalipun kecil, dan ketahuilah bahwa anda diseru untuk menunaikan tugas dan tanggung jawab anda dengan mencurahkan segenap kemampuan dan banyak berkorban dalam rangka menegakkan bangunan islam yang agung. Janganlah anda sekali-kali mengelak dari tugas anda sekalipun hanya sedetik karena tipu daya musuh islam terhadapmu. Mereka musuh-musuh islam ingin sekiranya engkau menyimpang dari tugasmu yangn mulia, dan mereka berupaya menjatuhkan semangatmu dalam berkhidmat kepada islam dan umat.

Janganlah,..dan sekali lagi janganlah anda mengelak dan mundur dari berkhidmat kepada islam karena anda merasa lemah, tidak ada kemapuan untuk ikut andil dalam menguatkan masyarakat islam, sebab sesungguhnya perasaan-perasaan seperti itu merupakan rekayasa dari setan jin dan manusia.

Maka disini kami hendak menyuguhkan dihadapan anda sebuah kisah perikehidupan seorang wanita shahabiyah, seorang wanita yang lemah,berkulit hitam yang mana cerita ini merupakan sebuah pelajaran bagi kaum muslimin dalam peredaran sejarah dalam hal kesungguhan, tawadhu' dan hingga sampai pada puncak semangatnya.

Beliau seorang wanita yang berkulit hitam, dipanggil dengan nama Ummu Mahjan. telah disebutkan didalam Ash-Shahih tanpa menyebutkan nama aslinya, beliau berdomisili di Madinah.(lihat Ibnu Sa'ad dalam Ath-Thabaqat 8/414)

Beliau Radhiyallahu anha seorang wanita miskin yang memiliki tubuh yang lemah. Untuk itu beliau tidak luput dari peerhatian Rasulullah sang pemimpin shalallahu alaihi wassalam, sebab beliau senantiasa mengunjungi orang-orang miskin dan menanyai keadaan mereka dan memberi makanan kepada mereka, maka tidakkah anda tahu akan hal ini wahai para pemimpin rakyat?

Beliau radhiyallahu anha menyadari bahwa dirinya memiliki kewajiban terhadap akidahnya dan masyarakat islam, lantas apa yang bisa dia laksanakan padahal beliau adalah seorang wanita yang tua dan lemah? Akan tetapi beliau sedikitpun tidak bimbang dan ragu, dan tidak menyisakan sedikitpun rasa putus asa dalam hatinya. Dan rasa putus asa adalah jalan yang tidak dikenal dihati orang-orang yang beriman.

Begitulah, keimanan beliau telah menunjukkan kepadanya untuk menunaikan tanggung jawabnya. Maka beliau membersihkan kotoran dan dedaunan dari masjid dan beliau sapu , lalu beliau buang ke tong sampah dan beliau menjaga kebersihan rumah Allah, sebab masjid memiliki peran yang sangat penting dalam islam. Disanalah berkumpulnya para pahlawan dan para ulama. Dan masjid ibarat parlemen yang sebanyak lima kali sehari digunakan sebagai wahana untuk bermusyawarah, saling memahami dan saling mencintai, sebagaimana pula masjid adalah universitas tarbiyah amaliyah yang mendasar dalam membina umat.

Begitulah fungsi masjid pada zaman Rasulullah shalallahu alaihi wassalam, demikian pulalah yang terjadi pada zaman khulafaur rasyidin dan demikian pulalah seharusnya peranan masjid hari ini hingga tegaknya hari kiamat.

Untuk itulah Ummu Mahjan tidak kendor semangatnya, sebab pekerjaan itulah merupakan target yang dapat beliau kerjakan. Beliau tidak meremehkan pentingnya membersihkan kotoran untuk membuat suasana yang bersih bagi Rasulullah dan para sahabatnya dalam bermusyawarah yang senantiasa mereka kerjakan secara rutin.

Ummu Mahjan radhiyallau anha terus menerus menekuni pekerjaan tersebut hingga wafat beliau pada zaman Rasulullah shalallahu alihi wassalam. Maka para sahabat ridhwanullahi alihim membawa jenazah beliau setelah gelapnya malam dan mereka mendapatkan RAsulullah masih tidur sehingga mereka tidak ingin membangunkan beliau, maka mereka langsung menyolatkan dan menguburkannya di Baqi'ul Gharqad.

Pada pagi harinya Rasulullah shalallahu alaihi wassalam merasa kehilangan wanita itu, kemudian beliau tanyakan kepada para sahabat, mereka menjawab, ''Beliau telah dikubur wahai Rasulullah, kami telah mendatangi anda dan kami dapatkan anda masih dalam keadaan tidur sehingga kami tidak ingin membangunkan anda''. Maka pergilah Rasulullah sedangkan para sahabat menyertai beliau sehingga mereka menunjukkan kubur Ummu Mahjan. maka berdirilah Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam sementara para sahabat berdiri bershaf-shaf dibelakang beliau , lantas Rasululah menyolatkannya dan bertakbir 4 kali.(1)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahwa ada seorang wanita yang berkulit hitam yang biasanya membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah kehilangan dia, maka beliau bertanya tentangnya. Mereka berkata:''Dia telah wafat '' Rasulullah shallahu alaihi wassalam berkata:''Mengapa kalian tidak memberitahukan hal itu kepadaku?'' Abu Hurairah berkata: ''Seolah-olah mereka menganggap bahwa kematian Ummu Mahjan itu adalah hal yang sepele.Rasulullah bersabda:''Tunjukkan kepadaku dimana kuburnya!'' Maka mereka menunjukkan kuburnya kepada Rasulullah kemudian Rasulullah shalallahu alaihi wassalam menyolatkannya lalu bersabda:

''Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka karena aku telah menyolatkannya''(2)

Semoga Allah merahmati Ummu Mahjan radhiyallahu anha yang sekalipun beliau seorang yang miskin dan lemah, akan tetapi beliau turut berperan sesuai dengan kemampuannya. Beliau adalah pelajaran bagi kaum muslimin dalam perputaran sejarah bahwa tidak boleh menganggap sepele suatu amal sekalipun kecil.

Oleh karena itu ia mendapatkan perhatian dari Rasulullah shalallau alaihi wassalam hingga ia wafat. Sehingga beliau menyalahkan para sahabat beliau ridhwanullahi alaihim yang tidak memberitahukan kepada beliau perihal kematiannya agar beliau dapat mengantarkan Ummu Mahjan ketempat tinggalnya yang terakhir didunia. Bahkan tidak cukup hanya demikian namun beliau bersegera menuju kuburnya untuk menyolatkannya agar Allah menerangi kuburnya dengan shalat beliau.Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk meniru dan meneladani akhlak mereka yang merupakan sebaik-baik generasi diatas muka bumi. Allahumma jadikanlah kami termasuk orang-orang yang mencintai RasulMu dan para sahabatnya dan wafatkanlah kami diatas islam dan sunnah. Wallahu 'alam bishawwab.

footnote:
1. Al-Ishabah dalam Tamyizish Shahabah 8/187
2. Al-Ishabah 8/187, Al-Muwatha 1/277, An-Nasa'i 1/9 Hadits tersebut mursal, akan tetapi maknanya sesuai dengan hadits yang setelahnya yang bersambung dengan riwayat Bukhari dan Muslim.

----
Dikutip dari kitab: Nisau haula Rasul Mengenal Shahabiyah Nabi Shalallahu alihi wassalam, dengan beberapa perubahan, hal;257-260, Pustaka Tibyan, Solo, Agustus, 2001M

Terakhir diperbaharui ( Sunday, 28 November 2004 )

Mengenal Ummu Salamah Radhiyallahu Anha

ditulis oleh M.Mahfud Anwar Mahfud
Monday, 26 April 2004

Beliau adalah Hindun binti Abi Umayyah bin Mughirah al-Makhzumiyah al-Qursyiyah. Bapaknya adalah putra dari salah seorang Quraisy yang diperhitungkan (disegani) dan terkenal dengan kedermawanannya. Ayahnya dijuluki sebagai ''Zaad ar-Rakbi '' yakni seorang pengembara yang berbekal. Dijuluki demikian karena apabila dia melakukan safar (perjalanan) tidak pernah lupa mengajak teman dan juga membawa bekal bahkan ia mencukupi bekal milik temannya. Adapun ibu beliau bernama 'Atikah binti Amir bin Rabi'ah al-Kinaniyah dari Bani Farras yang terhormat. Disamping beliau memiliki nasab yang terhormat ini beliau juga seorang wanita yang berparas cantik, berkedudukan dan seorang wanita yang cerdas.

Pada mulanya dinikahi oleh Abu Salamah Abdullah bin Abdil Asad al-Makhzumi, seorang shahabat yang agung dengan mengikuti dua kali hijrah. Baginya Ummu Salamah adalah sebaik-baik istri baik dari segi kesetiaan, keta'atan dan dalam menunaikan hak-hak suaminya. Dia telah memberikan pelayanan kepada suaminya di dalam rumah dengan pelayanan yang menggembirakan. Beliau senantiasa mendampingi suaminya dan bersama-sama memikul beban ujian dan kerasnya siksaan orang-orang Quraisy. Kemudian beliau hijrah bersama suaminya ke Habasyah untuk menyelamatkan diennya dengan meninggalkan harta, keluarga, kampung halaman dan membuang rasa ketundukan kepada orang-orang zhalim dan para thagut.

Di bumi hijrah inilah Ummu Salamah melahirkan putranya yang bernama Salamah. Bersamaan dengan disobeknya naskah pemboikotan (terhadap kaum muslimin dan kaumnya Abu Thalib) dan setelah masuk Islamnya Hamzah bin Abdul Muthallib dan Umar bin Khaththab radhiallaahu 'anhuma , kembalilah sepasang suami-isteri ini ke Mekkah bersama shahabat-shahabat yang lainnya. Kemudian manakala Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam mengizinkan bagi para shahabatnya untuk hijrah ke Madinah setelah peristiwa Bai'atul Aqabah al-Kubra, Abu Salamah bertekad untuk mengajak anggota keluarganya berhijrah.

Kisah hijrahnya mereka ke Madinah sungguh mengesankan, maka marilah kita mendengar penuturan Ummu Salamah yang menceritakan dengan lisannya tentang perjalanan mereka tatkala menempuh jalan hijrah. Berkata Ummu Salamah: Tatkala Abu Salamah tetap bersikeras untuk berhijrah ke Madinah, dia menuntun untanya kemudian menaikkan aku ke atas punggung unta dan membawa anakku Salamah. Selanjutnya kami keluar dengan menuggang unta, tatkala orang-orang dari Bani Mughirah melihat kami segera mereka mencegatnya dan berkata: 'Jika dirimu saja yang berangkat maka kami tidak kuasa untuk mencegahnya namun bagaimana dengan saudara kami (Ummu Salamah yang berasal dari Bani Mughirah) ini?'.

Kemudian mereka merenggut tali kendali unta dari tangannya dan mencegahku untuk pergi bersamanya. Ketika Bani Abdul Asad dari kaum Abi Salamah melihat hal itu, mereka marah dan saling memperebutkan Salamah hingga berhasil mengambilnya dari paman-pamannya, mereka mengatakan:'Tidak! demi Allah kami tidak akan membiarkan anak laki-laki kami bersamanya jika kalian memisahkan istri dari keluarga laki-laki kami'. Mereka memperebutkan anakku, Salamah lalu melepaskan tangannya, kemudian anakku dibawa pergi bergabung dengan kaum bapaknya, sedangkan aku tertahan oleh Bani Mughirah. Maka berangkatlah suamiku seorang diri hingga sampai ke Madinah untuk menyelamatkan dien dan nyawanya. Selama beberapa waktu lamanya, aku merasakan hatiku hancur dalam keadaan sendiri karena telah dipisahkan dari suami dan anakku. Sejak hari itu, setiap hari aku pergi keluar ke pinggir sebuah sungai, kemudian aku duduk disuatu tempat yang menjadi saksi akan kesedihanku. Terkenang olehku saat-saat dimana aku berpisah dengan suami dan anakku sehingga menyebabkan aku menangis sampai menjelang malam.

Kebiasaan tersebut aku lakukan kurang lebih selama satu tahun hingga ada seorang laki-laki dari kaum pamanku yang melewatiku. Tatkala melihat kondisiku, ia menjadi iba kemudian berkata kepada orang-orang dari kaumku:'Apakah kalian tidak membiarkan wanita yang miskin ini untuk keluar? Sungguh kalian telah memisahkannya dengan suami dan anaknya'. Hal itu dikatakan secara berulangkali sehingga menjadi lunaklah hati mereka, kemudian mereka berkata kepadaku: 'Susullah suamimu jika kamu ingin'. Kala itu anakku juga dikembalikan oleh Bani Abdul Asad kepadaku. Selanjutnya aku mengambil untaku dan meletakkan anakku dipangkuannya. Aku keluar untuk menyusul suamiku di Madinah dan tak ada seorangpun yang bersamaku dari makhluk Allah. Manakala aku sampai di at-Tan'im aku bertemu dengan Utsman bin Thalhah. Dia bertanya kepadaku:'Hendak kemana anda wahai putri Zaad ar-Rakbi?'. 'Aku hendak menyusul suamiku di Madinah'', jawabku. Utsman berkata: 'apakah ada seseorang yang menemanimu?. Aku menjawab: 'Tidak! demi Allah! melainkan hanya Allah kemudian anakku ini'. Dia menyahut: 'Demi Allah engkau tidak boleh ditinggalkan sendirian'. Selanjutnya dia memegang tali kekang untaku dan menuntunnya untuk menyertaiku.

Demi Allah tiada aku kenal seorang laki-laki Arab yang lebih baik dan lebih mulia dari Ustman bin Thalhah. Apabila kami singgah di suatu tempat, dia mempersilahkan aku berhenti dan kemudian dia menjauh dariku menuju sebuah pohon dan dia berbaring dibawahnya. Apabila kami hendak melanjutkan perjalanan, dia mendekati untaku untuk mempersiapkan dan memasang pelananya kemudian menjauh dariku seraya berkata: 'Naiklah!'. Apabila aku sudah naik ke atas unta dia mendatangiku dan menuntun untaku kembali. Demikian seterusnya yang dia lakukan hingga kami sampai di Madinah. Tatkala dia melihat desa Bani Umar bin Auf di Quba' yang merupakan tempat dimana suamiku, Abu Salamah berada di tempat hijrahnya. Dia berkata:'Sesungguhnya suamimu berada di desa ini, maka masuklah ke desa ini dengan barokah Allah'. Sementara Ustman bin Thalhah langsung kembali ke Makka''. Begitulah, Ummu Salamah adalah wanita pertama yang memasuki Madinah dengan sekedup unta sebagaimana beliau juga pernah mengikuti rombongan pertama yang hijrah ke Habasyah.

Selama di Madinah beliau sibuk mendidik anaknya - inilah tugas pokok bagi wanita - dan mempersiapkan sesuatu sebagai bekal suaminya untuk berjihad dan mengibarkan bendera Islam. Abu Salamah mengikuti perang Badar dan perang Uhud. Pada Perang Uhud inilah beliau terkena luka yang parah. Beliau terkena panah pada begian lengan dan tinggal untuk mengobati lukanya hingga merasa sudah sembuh. Selang dua bulan setelah perang Uhud, Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam mendapat laporan bahwa Bani Asad merencanakan hendak menyerang kaum muslimin. Kemudian beliau memanggil Abu Salamah dan mempercayakan kepadanya untuk membawa bendera pasukan menuju Qathn, yakni sebuah gunung yang berpuncak tinggi disertai pasukan sebanyak 150 orang. Di antara mereka adalah 'Ubaidullah bin al-Jarrah dan Sa'ad bin Abi Waqqash. Abu Salamah melaksanakan perintah Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam untuk menghadapi musuh dengan antusias. Beliau menggerakkan pasukannya pada gelapnya subuh saat musuh lengah. Maka usailah peperangan dengan kemenangan kaum muslimin sehingga mereka kembali dalam keadaan selamat dan membawa ghanimah. Disamping itu, mereka dapat mengembalikan sesuatu yang hilang yakni kewibawaan kaum muslimin tatkala perang Uhud.

Pada pengiriman pasukan inilah luka yang diderita oleh Abu Salamah pada hari Uhud kembali kambuh sehingga mengharuskan beliau terbaring ditempat tidur. Di saat-saat dia mengobati lukanya, beliau berkata kepada istrinya: ''Wahai Ummu Salamah, aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: Tiada seorang muslimpun yang ditimpa musibah kemudian dia mengucapkan kalimat istirja' (inna lillahi wa inna ilaihi raji'un), dilanjutkan dengan berdo'a:'Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya' melainkan Allah akan menggantikan yang lebih baik darinya. Pada suatu pagi Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam datang untuk menengoknya dan beliau terus menunggunya hingga Abu Salamah berpisah dengan dunia. Maka Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam memejamkan kedua mata Abu Salamah dengan kedua tangannya yang mulia, beliau mengarahkan pandangannya ke langit seraya berdo'a: Ya Allah ampunilah Abu Salamah, tinggikanlah derajatnya dalam golongan Al-Muqarrabin dan gantikanlah dia dengan kesudahan yang baik pada masa yang telah lampau dan ampunilah kami dan dia Ya Rabbal'Alamin.

Ummu Salamah menghadapi ujian tersebut dengan hati yang dipenuhi dengan keimanan dan jiwa yang diisi dengan kesabaran beliau pasrah dengan ketetapan Allah dan qadar-Nya.Beliau ingat do'a Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Abu Salamah yakni: Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini… Sebenarnya ada rasa tidak enak pada jiwanya manakala dia membaca do'a: ''Wakhluflii khairan minha'' (dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya) karena hatinya bertanya-tanya: 'Lantas siapakah gerangan yang lebih baik daripada Abu Salamah?'. Akan tetapi beliau tetap menyempurnakan do'anya agar bernilai ibadah kepada Allah.

Ketika telah habis masa iddahnya, ada beberapa shahabat-shahabat utama yang bermaksud untuk melamar beliau. Inilah kebiasaan kaum muslimin dalam menghormati saudaranya, yakni mereka manjaga istrinya apabila mereka terbunuh di medan jihad. Akan tetapi Ummu Salamah menolaknya. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam turut memikirkan nasib wanita yang mulia ini; seorang wanita mukminah, jujur, setia dan sabar. Beliau melihat tidak bijaksana rasanya apabila dia dibiarkan menyendiri tanpa seorang pendamping. Pada suatu hari, pada saat Ummu Salamah sedang menyamak kulit, Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam datang dan meminta izin kepada Ummu Salamah untuk menemuinya. Ummu Salamah mengizinkan beliau. Beliau ambilkan sebuah bantal yang terbuat dari kulit dan diisi dengan ijuk sebagai tempat duduk bagi Nabi. Maka Nabi pun duduk dan melamar Ummu Salamah. Tatkala Rasulullah selesai berbicara, Ummu Salamah hampir-hampir tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Tiba-tiba beliau ingat hadits yang diriwayatkan oleh Abu Salamah, yakni; Wakhlufli khairan minha (dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya), maka hatinya berbisik:'Dia lebih baik daripada Abu salamah'.

Hanya saja ketulusan dan keimanannya menjadikan beliau ragu, beliau hendak mengungkapkan kekurangan yang ada pada dirinya kepada Rasulullah. Dia berkata:''Marhaban ya Rasulullah, bagaimana mungkin aku tidak mengharapkan anda ya Rasulullah…hanya saja saya adalah seorang wanita yang pencemburu, maka aku takut jika engkau melihat sesuatu yang tidak anda senangi dariku maka Allah akan mengadzabku, lagi pula saya adalah seorang wanita yang telah lanjut usia dan saya memiliki tanggungan keluarga. Maka Rasulullah Shallallâhu 'alaihi wasallam bersabda:Adapun alasanmu bahwa engkau adalah wanita yang telah lanjut usia, maka sesungguhnya aku lebih tua darimu dan tiadalah aib manakala dikatakan dia telah menikah dengan orang yang lebih tua darinya.

Mengenai alasanmu bahwa engkau memiliki tanggungan anak-anak yatim, maka semua itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya. Adapun alasanmu bahwa engkau adalah wanita pencemburu, maka aku akan berdo'a kepada Allah agar menghilangkan sifat itu dari dirimu. Maka beliau pasrah dengan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam . Dia berkata:Sungguh Allah telah menggantikan bagiku seorang suami yang lebih baik dari Abu Salamah, yakni Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam. Maka jadilah Ummu Salamah sebagai Ummul mukminin. Beliau hidup dalam rumah tangga nubuwwah yang telah ditakdirkan untuknya dan merupakan suatu kedudukan yang beliau harapkan. Beliau menjaga kasih sayang dan kesatuan hati bersama para ummahatul mukminin.

Ummu Salamah adalah seorang wanita yang cerdas dan matang dalam memahami persoalan dengan pemahaman yang baik dan dapat mengambil keputusan dengan tepat pula. Hal itu ditunjukkan pada peristiwa Hudaibiyah manakala Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam memerintahkan para shahabatnya untuk menyembelih qurban selepas terjadinya perjanjian dengan pihak Quraisy. Namun ketika itu, para shahabat tidak mengerjakannya karena sifat manusiawi mereka yang merasa kecewa dengan hasil perjanjian Hudaibiyah yang banyak merugikan kaum muslimin. Berulangkali Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam memerintahkan mereka akan tetapi tetap saja tak seorangpun mau mengerjakannya. Maka Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam masuk menemui Ummu Salamah dalam keadaan sedih dan kecewa. Beliau ceritakan kepada Ummu Salamah perihal kaum muslimin yang tidak mau mengerjakan perintah beliau. Maka Ummu Salamah berkata:Wahai Rasulullah apakah anda menginginkan hal itu?. Jika demikian, maka silahkan anda keluar dan jangan berkata sepatah katapun dengan mereka sehingga anda menyembelih unta anda, kemudian panggillah tukang cukur anda untuk mencukur rambut anda (tahallul). Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam menerima usulan Ummu Salamah. Maka beliau berdiri dan keluar tidak berkata sepatah katapun hingga beliau menyembelih untanya. Kemudian beliau panggil tukang cukur beliau dan dicukurlah rambut beliau. Manakala para shahabat melihat apa yang dikejakan oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam, maka mereka bangkit dan menyembelih kurban mereka, kemudian sebagian mereka mencukur sebagian yang lain secara bergantian. Hingga hampir-hampir sebagian membunuh sebagian yang lain karena kecewa.

Setelah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam menghadap Ar-Rafiiqul A'la, maka Ummul Mukminin, Ummu Salamah senantiasa memperhatikan urusan kaum muslimin dan mengamati peristiwa-peristiwa yang terjadi. Beliau selalu andil dengan kecerdasannya dalam setiap persoalan untuk menjaga lurusnya umat dan mencegah mereka dari penyimpangan, terlebih lagi terhadap para penguasa dari para Khalifah maupun para pejabat. Beliau singkirkan segala kejahatan dan kezhaliman terhadap kaum muslimin, beliau terangkan kalimat yang haq dan tidak takut terhadap celaan dari orang yang suka mencela dalam rangka melaksanakan perintah Allah. Tatkala tiba bulan Dzulqa'dah tahun 59 setelah hijriyah, ruhnya menghadap Sang Pencipta sedangkan umur beliau sudah mencapai 84 tahun. Beliau wafat setelah memberikan contoh kepada wanita dalam hal kesetiaan, jihad dan kesabaran.


Sumber: Mengenal Sahabiyah Nabi,Mahmud Al-Istanbuli&Mustafa Asy-Syalabi,Pustaka Tibyan,Solo

Terakhir diperbaharui ( Sunday, 28 November 2004 )